Monday, 3 June 2013

Ilmu Madu Asli

Ujian yang dicadangkan,
1.  Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu.
2. Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu asli, akan lebih mudah untuk   mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu asli hutan rasanya agak menyengat (tajam; keasidan agak tinggi) dan mempunyai bau wangi aroma dengan cirri-ciri tertentu. Madu asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.
3. Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk memastikan tidak tertipu dengan madu tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu tiruan tetap dapat dihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.
4. Ada gelang propolis / pollen di bahagian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol (khusus bagi madu asli segar yang telah dibiarkan lebih seminggu).
5. Menggunakan api: ½ sudu besar madu dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan (walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan secara 100%).

Petua umum yang digunakan namun masih boleh dipertikaikan secara saintifik.

Ujian yang dipertikaikan secara saintifik,
  • Semut: Ini kerana madu asli/lebah (dihasilkan oleh lebah) turut dihurungi semut kerana mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa ‘polisacharide’). Namun, memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu asli yang akan mengeluarkan gas (madu asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. Maka, semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.
  • Peti Sejuk: Madu asli yang mengandungi kandungan air pada kadar 18-22%. Maka, madu asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama. Namun, terdapat juga madu asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Maka, peti sejuk bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.
  • Pembentukan mendakan kristal: Madu asli juga mengalami pengkristalan/mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Ini kerana, madu asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu ’supersaturated’ secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Maka, terdapatnya pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.
  • Telur: Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman!
  • Sudu besi: tiada kajian ilmiah di dalam memberi penjelasan larangan penggunaan sudu yang diperbuat dari besi. Seandainya, terdapat tindakbalas yang kritikal pastinya akan terus mengubah warna sudu tersebut apatah lagi ada pendapat mengatakan ianya dari hadis dan sebagainya. Mungkin kurangnya penelitian dan penyelidikan dari sudut teknologi dan agama menyebabkan ramai pengguna hanya menerima sahaja pandangan dari penjual madu yang kurang maklumat. Begitu juga banyak hadis-hadis palsu yang bertebaran mengenai khasiat madu walaupun tidak kurang banyaknya dengan yang sahih. Di negara maju, analisa yang dibuat menunjukkan penggunaan kaedah penyimpanan yang paling selamat bagi madu adalah dengan menggunakan kaca dan 'stainless steel'.
  • Madu yang diletakkan di piring putih bersama air kemudian air digerakkan dengan arah pusingan, maka akan terhasil seolah-olah sarang lebah: wallahu'aklam, menurut pemerhatian kami bentuk yang kelihatan bersegi seperti sarang lebah tersebut adalah disebabkan pengaruh kelikatan/kepekatan madu yang terkena pusingan air lalu menjadikannya bersegi seperti hexagon dan pentagon. Ini kerana jika madu tersebut digantikan dengan cecair yang pekatnya sama seperti madu contohnya dalam percubaan kami shampoo ianya juga menunjukkan keadaan bersegi yang sama.
Maka, kami menasihati pengguna dan peminat madu supaya berhati-hati terhadap madu yang terdapat di pasaran supaya tidak tertipu sekaligus membahayakan kesihatan, nanti disangka MADU rupanya RACUN yang sangat berbahaya. Jelasnya, kami sangat berhati-hati dalam memperkatakan tentang madu asli sehingga perlu dihuraikan secara ilmiah agar dapat berkongsi pemahaman dan kesedaran bersama anda semua disamping bersyukur akan nikmat Allah yang tiada tolok bandingnya lagi. Buatlah setitik madu sekiranya anda mampu!
 

MADU ASLI VS MADU PALSU

Madu asli atau madu palsu, bagaimana cara membezakannya? Berdasarkan kajian termasuk di Malaysia, Indonesia dan USA menunjukkan bahawa hampir 80% madu yang beredar dipasaran adalah madu palsu. Jadi bagaimanakah cara sebagai orang awam, kita dapat mengetahui madu itu Asli?
Madu asli sebenarnya sangat mudah diketahui dengan melihat dari sifat dan karakteristik fiziknya yang khas. Sayangnya, dapat juga si penipu madu palsu untuk meniru sebagian dari sifat atau karakter fizik madu asli. Sehingga bagi kebanyakan orang sangat susah untuk mengetahui keaslian madu dengan melihat aspek fizikal atau luaran madu tersebut.
Walaubagaimanapun, MADU ASLI mempunyai beberapa karakteristik fizik yang tidak dapat dipalsukan:
  1. Pesongan Optik: Madu asli mempunyai kandungan gula yang spesifik yang dapat mengubah sudut putaran cahaya terpolarisasi.
  2. Higroskopik: madu asli bersifat menyerap air, jika madu dibiarkan terbuka pada tempat dengan kelembaban udara tinggi (high humidity) maka madu akan bertambah cair.
  3. Madu asli jika dituangkan ke dalam air suam tidak akan pecah atau air akan tetap jernih sebelum dikacau. Bagi madu yang sudah dicampur akan lebih cepat keruh.
  4. Sifat-sifat madu yang umumnya dipalsukan adalah: sifat madu yang dapat  membuat telur masak,tidak beku, tidak menyerap kertas atau jika digoncang mengeluarkan gas.
  5. Kandungan madu yang juga tidak dapat dipalsukan adalah adanya kandungan Enzim Diatase. Kandungan diatase inilah salah satu cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak. Karena enzim ini hanya dapat dihasilkan dari kelenjar ludah atau air liur lebah. Namun hanya ujian di makmal sahaja yang dapat mengenalpasti sifat tersebut. JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK!!! Pastikan produk madu di pasaran yang anda beli melalui ujian ketulenan dari institusi yang diikitiraf.  
Tonton video perbezaan madu asli dengan tiruan:



Jadual di bawah adalah piawaian antarabangsa bagi Analisis Madu asli.


International Honey Commission
Type of Analysis
Unit
Index
Glucose Oxidase Activity/ Aktiviti Enzim Diatase
All pure natural honey show positive activity

Hidroxy Methyl Furfural (HMF)
Pure natural honey comb will contain less than 10mg/kg HMF
Mg/kg
Maks. 80 (for honey from tropical countries)
Water Content/Kadar air
%
<20%
Total Reducing Sugar
       a) Fructose (F)
       b) Glucose (G)
       c) Maltose (M)
Ratio F/G for pure Tropika Honey is more than 1.00
%
Min. 60
Sucrose
%
Maks. 5




  

Thursday, 4 April 2013

Khasiat Madu

Firman Allah dalam surah an-Nahl (The Bees):



Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.                                     (Surah Al-Nahl :69) 


Fakta Saintifik: Khasiat Madu Lebah

Madu Antibodi Yang Paling Hebat

Tahukah anda bahawa amalan sunnah NABI MUHAMMAD SAW iaitu MADU merupakan antibodi yang paling hebat di dunia yang tiada tolak tandingnya. Di dalam kitab suci ALLAH ada menyatakan tentang khasiat-khasiat MADU yang telah digunakan sejak zaman nabi lagi,

Siapakah kita untuk menidakkan kehebatan khasiat MADU??? Tanya lah pada diri anda sendiri.


Adakah MADU menjadi amalan anda dan keluarga anda? Tahukah anda bahawa setiap penghuni rumah yang ada menyimpan botol-botol MADU di dalamnya para MALAIKAT memohon ampun kepada penghuni rumah itu.

Hanya menyimpan MADU kita dapat pahala yang besar, SUBAHANALLAH...besar sekali fadhilat yang diberikan ALLAH kepada kita, yang kadang-kadang kita memandang remeh-temeh berkenaan hal ini.

Tahukah anda sekiranya anda meminum MADU dan masuk ke dalam rongganya 1000 ubat dan 1000 penyakit akan keluar daripadanya...hebatkan khasiat MADU? Jadikanlah MADU ini sebagai antibodi badan anda dan keluarga. Kadang-kadang Ibu & bapa yang bekerja tidak dapat menjaga sepenuhnya anak-anak mereka sewaktu mereka berada di pusat jagaan dan sekolah.

Apakah yang anak-anak kita makan & minum seharian sewaktu anda tiada bersama mereka? Ada tak mereka kutip balik makanan yang telah jatuh? Ada tak mereka pegang makanan tanpa membasuh tangan? Dapatkah anda memantau setiap gerak geri mereka sepanjang masa??? Bagilah MADU kepada anak-anak anda sebagai antibodi badan untuk melindungi dari bakteria-bakteria yang menganggu anak-anak anda.

Firman Allah, mafhumnya;

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang, dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia".

"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu" (dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia ( dari berbagai-bagai penyakit) sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang berfikir" - (Surah An-Nahl, 68-69)

Rata-rata masyarakat sekarang lebih mempercayai antibiotik yang dibekalkan oleh pihak klinik @ hospital. Apabila kita pergi ke klinik @ hospital kerana batuk, sakit tekak, selsema & sakit badan sudah pastinya doktor akan membekalkan antibiotik kan?

Tahukah anda kesannya jika pengambilan yang berpanjangan ke atas badan kita? Kenapa selepas pengambilan ubat-ubat hospital badan kita semakin lemah & mengantuk? Sepatutnya kita lebih cergas kan...anda fikir-fikirkanlah...Saya bukannya anti kepada ubat-ubatan hospital tetapi saya ingin memberitahu apa yang benar dan menjadi kewajipan saya sebagai UMAT ISLAM, yang mengaku BERIMAN kepada ALLAH untuk memberitahu tentang kebenaran sebab kita diberikan AKAL untuk BERFIKIR mana yang buruk mana yang baik.

Kalau kita ada alternatif perubatan lain yang tidak memudaratkan diri kita kenapa kita tidak menjadikan ia sebagai amalan harian kita. Cegah penyakit sebelum kena, bukannya dah kena penyakit baru mencari penawar. Sedikit info berkenaan antibiotik, boleh baca selanjutnya di laman web yang dilampirkan.

Wednesday, 20 March 2013

Solan Lazim Tentang Madu Lebah

Soalan² mengenai Madu:
S: Adakah menguji madu dengan  menggunakan kuning telur atau mancis api dapat        menentukan madu itu asli?
J: Ya tapi tidak semestinya kerana
1.panas telur boleh menjadikan telur setengah masak.
2.batang mancis yang dicelup madu masih dapat dibakar kerana masalah kekentalan, maka perlu waktu yang lama untuk meresap keseluruh bahagian batang mancis itu tadi.
S: Bagaimana penjelasan tentang semut yang masih mendatangi madu?
J: Semut datang kerana aroma manis dari madu tetapi tidak memakannya, selain itu sering dikatakan semut tidak mendatangi madu adalah madu yang masih di dalam sarang.
S: Bagaimana pula tentang madu yang ‘meletup’?
J: Madu yang meletup biasanya terjadi pada madu yang masih muda kerana terjadi fermentasi yang disebabkan oleh masih tingginya kadar air pada madu tersebut.
S: Bolehkah mengidap penyakit kencing manis minum madu?
J: Ia bergantung jenis pada darah pesakit berkenaan.
S: Cara minum madu yang baik?
J: Campurkan madu dan air sejuk atau suam dengan secukup rasa, minum 2 kali sehari.
S: Bagaimana penyimpanan madu yang baik?
J: Madu disimpan di tempat yang kering dan bersuhu sederhana. Jangan disimpan dalam peti sejuk. Ini kerana terdapat enzim-enzim yang hidup dalam madu, jika disimpan di tempat yang terlalu panas atau sejuk, enzim tersebut akan mati dan khasiat madu akan hilang.
S:Berapa lama madu boleh disimpan?
J:Madu boleh disimpan bertahun-tahun lamanya, malah akan menjadi lebih baik. Mengikut sejarah, madu yang tertua ditemui berumur 10,000 tahun yang tersimpan di dalam sebuah piramid di Mesir.

S: Adakah madu tidak akan membeku?
J: Tidak benar. Bagi orang yang cukup faham tentang madu, tentu akan mengetahui bahawa madu asli ada yang akan mengkristal (beku) dan ada yang tidak akan membeku  apabila dimasukan kedalam peti sejuk atau freezer sekalipun. Madu asli akan  menjadi kristal, jika kadar glukosa dalam madu lebih banyak dari kadar fruktosanya. Madu yang tidak  membeku atau menjadi beku adalah yang mempunyai kadar fruktosa dalam madu lebih banyak dari kadar glukosanya.

Jadi kesimpulannya, ada jenis madu yang mungkin membeku dan ada yang  tidak akan  membeku. Oleh sebab itulah madu tidak elok untuk disimpan didalam peti sejuk kerana ianya akan menjejaskan khasiat madu tersebut. Simpanlah madu pada suhu sederhana & kering sahaja.

S: Mengapa madu saya membeku?
J: Dalam kes ini, apabila madu dalam keadaan suhu bilik (21 - 27oC ), maka glukosa yang ada dalam madu akan diikat oleh air sehingga kelihatan agak cair. Akan tetapi apabila semakin rendah suhu tersebut, akan terjadi sebaliknya iaitu air yang ada didalam madu tersebut yang diikat oleh glukosa sehingga membuatkan madu seakan berubah menjadi sangat kental. Kadangkala pada dasar botol akan terlihat butiran kristal yang menunjukkan terjadinya pembekuan air, hal ini terjadi kerana glukosa tidak mampu untuk mengikat seluruh air yang terdapat dalam madu sehingga air tersebut mengalami pembekuan di dalam madu, hal ini biasa terjadi apabila kandungan air yang ada dalam madu ternyata lebih besar dari jumlah air yang mampu diikat oleh glukosa.

S: Cara untuk melihat keaslian madu yang membeku?
J: Caranya sangat mudah. Ketika anda mendapatkan madu anda seakan mengalami pembekuan didalam freezer anda, maka letakkan madu tersebut pada suhu bilik (21 - 27oC) dalam beberapa jam. Madu yang telah mengalami pembekuan tidak akan berubah sifatnya (tetap seperti membeku) walau dibiarkan dalam beberapa minggu. Kalau madu ini diaduk / dikacau maka anda akan merasakan butiran-butiran kristal yang sangat halus. Akan tetapi madu palsu akan kembali mencair dalam beberapa jam sahaja, dan kalau anda kacau dengan jari maka akan terasa bongkahan-bongkahan / ketulan air didalamnya.


KANDUNGAN UMUM MADU LEBAH
CONTENT OF HONEY
Air/ Water                       16-25%
Clevulose & Dextosure     75-83%
Sukros/ Sucrose                  5%
Dextrin, Maltose, Gum      1-12%
Galian/ Minerals               0.25%
Lain-lain/ Others               20.75%

Tuesday, 19 March 2013

Madu Tualang Asli (Lebah Liar)

Kebaikan & Khasiat Madu Tualang : 

  • Sebagai agen antibakteria, antibodi dan antivirus
  • Menambahkan daya ketahanan tubuh dan awet muda.
  • Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
  • Merangsang, membaiki dan menguatkan tenaga batin.
  • Meningkatkan kesuburan lelaki dan perempuan.
  • Membersih, menambah serta membaiki pelancaran aliran darah.
  • Mengimbangi kandungan lemak dan memelihara jantung. (Mengurangkan paras kolestrol dan kemungkinan serangan sakit jantung).
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah. (Merawat pesakit kencing manis dengan gantikan gula pasir dan susu pekat dalam minuman dengan Madu)
  • Memudahkan proses penghadaman dan lawas buang air.
  • Menyembuhkan penyakit dalam perut dan mengelak cacing. (Mencuci perut daripada cairan kotor dan mengelakkan berlaku sekatan pada usus).
  • Memulihkan dan menghilangkan batuk, penyakit banyak kahak, lelah, bronkitis dan cirit-birit.
  • Mempercepatkan kesembuhan parut dan luka-luka melecur terkena air panas, api atau minyak panas. Caranya, sapukannya pada tempat yang terlibat.
  • Bantu tumbesaran janin (fizikal, mental dan spiritual).
  • Menguatkan minda dan kecerdasan otak kanak-kanak.
  • Baik untuk perempuan hamil atau selepas bersalin.
  • Mengurangkan kesakitan bila datang haid / senggugut.
  • Membantu meghilangkan racun pada hati
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Dapat mengubati penyakit ketagihan dadah. Caranya madu dicampurkan dengan minyak/air bunga mawar suam, lalu diminum.
  • Boleh mencerahkan mata. Caranya: Lumurkan ke bahagian kening/alis mata. 
  • Boleh memutihkan gigi dan menguatkannya dengan menjadikannya sebagai ubat gigi. 
  • Menghilangkan kesan-kesan pati candu rokok yang melekat di bahagian paru-paru. 
  • Sesuai untuk mengubati setiap penyakit, caranya: Ambil air suam dan campurkan madu 2 sudu besar, kacaukan lalu diminum. 
  • Untuk pesakit Gout, boleh diamalkan madu bersama cuka epal yang dicampur bersama segelas air suam.


AMARAN: 

Dilarang Sama Sekali Memakan Buah Tembikai ( Timun Cina ) bersama dengan Madu 


Riwayat Abu Hurairah :
“ Barangsiapa menjilat madu 3 pagi dalam sebulan, dia tidak akan diserangi penyakit teruk/kronik ”....