Testimoni

Testimoni 1: Ovarian Cyst

Sekitar bulan Oktober 2012 lepas iaitu sebelum sambutan dan kedatangan Aidiladha, saya  telah disahkan oleh Dr. Pakar di Hospital Columbia, Taiping menghidap Ovarian Cyst. Imbasan yang dibuat oleh Dr. menampakkan ketulan bersaiz 5.5cm bersebelahan ovari. Mengikut kata Pakar jalan terbaik ialah melakukan pembedahan, risiko pembedahan ialah sama seperti pembedahan melahirkan anak dan perlu diberi rehat seperti orang bersalin iaitu MC selama 2 bulan. Hal ini telah membuatkan saya dan suami berusaha untuk mencari pelbagai penawar bagi mengelak supaya tidak dibedah. Pertama sekali kami berserah kepada Allah jika Engkau telah tentukan yang pembedahan jalan terbaik, kami redha dan kami terima seadanya dugaan ini. Namun hati ini kuat mengatakan bahawa mungkin ada cara atau sebarang penawar lain untuk menyembuhankan Cyst ini, hinggalah pada suatu hari kami membuat carian di internet bagi penawar Cyst dan terjumpalah satu artikel yang mengatakan bahawa Homeopati mampu untuk mengecil dan mengecutkan Cyst. Setelah membaca dan penuh yakin kami ke Klinik Homeopati di Parit Buntar untuk membeli ubat² yang sepatutnya. Sesampai di Klinik kami diberi nasihat untuk mencuba beberapa jenis pil dan juga sirap, tanpa berfikir panjang kami cuba dulu pengambilan ubat yang dinasihatkan itu untuk tempoh 1 bulan. Sebagai makluman ubat²an Homeopati ini dibuat dari ekstrak bunga²an, ubat yang disarankan ini mampu untuk mengecilkan Cyst, namun masa yang diambil agak lama iaitu sehingga 4-6 bulan baru menampakkan kesan pengecilan. Setelah mencubanya selama lebih kurang 2 minggu, suami saya telah meminta saya untuk mencuba Madu pula, pada awalnya saya keberatan, katanya kita ikhthiar la mana tau kot ada keajaiban, saya pun akur dan mencubanya. Setelah kurang lebih 2 minggu saya mengamalkan Madu, saya ke Hospital Taiping untuk temujanji dengan Dr. Pakar, perut saya diimbas dan hasilnya amat mengejutkan...Cyst yang saya alami telah mengecut hingga tinggal 2cm sahaja. Apa yang lebih menggembirakan saya ketika itu ialah Dr. Pakar telah sahkan bahawa saya tidak perlu lagi menjalani pembedahan, saya amat bersyukur kehadrat Illahi...alhamdulillah saya telah kembali sihat. Ketika itu juga saya hubungi suami untuk berita gembira ini, suami pun mengucapkan syukur alhamdulillah berkat Madu yang Ummi amalkan katanya. Selama sebulan saya amalkan Madu ni sekali lagi saya berjumpa dengan Dr. Pakar di Hospital Columbia untuk pastikan yang saya benar² telah baik dari Cyst ini. Seperti biasa Dr melakukan imbasan dan apa yang lebih menggembirakan lagi saya ialah beliau mengesahkan yang Cyst saya sudah tiada, beliau merasa pelik dan hairan macam mana boleh hilang langsung ni, berkerut dahi dia, hehe...dalam tak puas hati beliau imbas lagi perut saya, merata tempat dia imbas, akhir sekali dia kata memang mustahil dan ajaib la, dah hilang Cyst. Saya ketika itu hanya senyum tak bagi tau pun yang selama ni saya amalkan Madu, terima kasih suamiku. Sehingga sekarang saya terus amalkan madu.

Puan Atun


Testimoni 2: Gout (Darah Masam) Asid Urik

Saya adalah pengidap Gout selama lebih kurang 6-7 tahun. Seingat saya kali pertama Gout menyerang ialah sekitar tahun 2006, ketika itu saya jangkakan hanyalah terseliuh biasa oleh kerana itu saya mencari tukang urut untuk memulihkan kaki saya. Namun, setelah beberapa hari kaki saya makin terasa sakit malah turut membengkak dibahagian sendi ibu jari. Akibat tidak tertahan sakit ini saya ke klinik untuk rawatan, selepas diperiksa rupa²nya kaki ini bukanlah terseliuh tetapi sebenarnya sakit Gout. Dr menggelengkan kepala, muda² lagi dah dapat Gout...ish ish ish...Dr hanya membekalkan ubat tahan sakit dan susut bengkak, alhamdulillah dalam 1,2 hari kaki saya telah kembali pulih. Dalam tempoh 6-7 tahun ini berulang kali juga saya mendapat Gout, kalau nak dikirakan memang terlalu kerap sangat la, hingga satu ketika tu silap makan ja siap la kaki ni, sakit dia mai 3,4 hari la baru lega, kadang tu sampai seminggu juga la. Sakit Gout ni ubat warna-warni saja la penawar dia, sapa yang ada Gout mesti tau ubat warna-warni ni. Orang kata ubat ni macam penahan sakit jugak tak elok makan selalu nanti rosak buah pinggang, tapi tu la ubat lain tak berkesan mau tak mau telan jugak la ubat tu. Saya ni pula jenis tak reti nak pantang dalam makan² ni, main belasah ja makan...benda² yang kena pantang tu la yang sedap pun kan. Memang mendapat la habuan dia, mai sakit sampai nak jalan pun susah. Untuk makluman saya ialah penggemar tegar ikan bilis, sebelum ini boleh dikatakan hampir setiap hari menu makanan saya dirumah semasa bujang ialah ikan bilis goreng + telur saja, memang sedap layan makan, lebih² lagi yang garing...pergghh sepinggan nasi habis la. Dipendekkan cerita dalam tahun 2012 yang lepas saya terbaca satu rencana berkenaan penyakit Gout ni, rencana tu mengatakan bahawa cuka epal dapat mengurangkan masalah sakit Gout jika diamalkan minum bersama madu. Saya pun mencubanya kebetulan madu memang ada dirumah, saya hanya membeli cuka epal sahaja. Alhamdulillah setelah mengamalkan selama beberapa minggu saya dapati Gout yang dialami tidak lagi datang menyerang, malah saya juga cuba untuk memakan daging dan makanan lain yang selama ini menjadi pantang. Sehingga ke hari ini saya terus mengamalkan madu & cuka epal yang dicampur dengan air suam 2 kali sehari, pagi selepas subuh & malam sebelum tidur. Kepada pesakit Gout saya sarankan untuk cuba amalkannya, Isha Allah Gout anda akan beransur kurang. 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Keon












No comments:

Post a Comment